Select Page

10 Kesilapan Kewangan Yang Sering Dilakukan Oleh Pemuda Malaysia

by | Mar 25, 2019 | For Future Clients

Gembiranya pemuda Malaysia yang baru sahaja graduate daripada university ataupun college. Langkah pertama ke dalam ‘adulthood’ adalah diterima untuk bekerja. Kebanyakan pemuda Malaysia mula dengan gaji RM 2500 sebulan. Ditambah pula dengan benefits yang diberikan oleh syarikat seperti medical dan retirement (EPF). Usia muda mereka dan juga keseronokan dapat gaji sendiri selalunya menyebabkan mereka lupa dan sering melakukan kesilapan kewangan dibawah.

Beli kereta yang terlalu mahal

Mestilah kita nak kereta yang terbaik, nak tunjuk dekat orang yang kita ni berjaya. Kereta lah yang first sekali kawan-kawan kita nampak bila kita lepak dengan kawan dekat mamak. Honda Civic ada la dalam RM 108k dan kalau buat 90% loan boleh la dapat bulan-bulan dalam RM 1200. Cuba bayangkan kalau gaji RM 2500 tapi separuh dari gaji tu pergi semata-mata untuk bayar kereta bulan-bulan. Ini adalah kesilapan yang sering dilakukan pemuda Malaysia.

Kalau di US, ada rule of thumb yang menasihati untuk hanya beli kereta yang bayaran bulanannya adalah 10% daripada gaji kita dan ambil loan 4 tahun sahaja. Tapi kereta apa yang RM 250 sebulan?

Sebab itu di Malaysia, saya galakkan anda hanya allocate 20% daripada gaji bulanan untuk pembayaran kereta bulanan. Contoh kalau gaji RM 2500 sebulan. 20% adalah RM 500 sebulan.

Proton Saga hanya RM 36,000. Bulanan tak sampai RM 450.

Lebih elok kita mula dengan sesuatu yang simple dulu, bila kewangan dah lebih kukuh kita upgrade. Jangan terlalu ikut sangat kawan-kawan lain yang terjerat dalam perangkap hutang.

Tidak menyimpan

Anda hanya hidup sekali. Sebab itu kita perlu menyimpan duit. Simpan duit sebanyak yang mungkin setiap bulan. Pay yourself first baru bayar expenses bulanan lain. Jangan lupa untuk allocate duit setiap bulan untuk ibu dan bapa. Paling penting, apa-apa yang telah dimasukkan ke dalam simpanan jangan senang-senang keluarkan. Paling elok kita letak di tempat yang lebih susah untuk dikeluarkan seperti di unit amanah, tabung haji, ASB ataupun Takaful.

Lebih elok adalah buat simpanan itu jadi automatic setiap bulan. Tak tahu caranya? Buat ‘recurring payment’ di Maybank2u, CIMB dan sebagainya.

Berapa yang anda patut simpan setiap bulan? Sebanyak yang boleh, paling elok 20% tapi kalau RM 50 sahaja pun lebih elok daripada tiada simpanan langsung.

Tiada pelaburan

Pemuda selalu beranggapan mereka tidak mempunyai modal yang cukup untuk mula melabur. Terdapat banyak jenis product pelaburan di pasaran yang hanya memerlukan modal yang rendah. Sebagai contoh, terdapat banyak plan unit amanah yang boleh mengambil sebahagian daripada simpanan EPF untuk dibuat pelaburan. Terdapat juga plan Takaful berkaitan pelaburan yang mengambil sebahagian daripada caruman Takaful anda untuk dilaburkan pada dana-dana yang mematuhi syariah.

Sekiranya anda adalah bumiputera Malaysia, boleh ambil peluang untuk melabur di Amanah Saham Nasional Berhad. Bagi yang bukan bumiputera boleh melabur di fixed deposit. Digalakkan gunakan fixed deposit yang mematuhi syariah sahaja.

Bukan itu sahaja caranya, melabur cara manual pun boleh. Sekiranya anda mempunyai modal tetapi tiada masa untuk memulakan business sendiri. Anda boleh ‘partner up’ dengan orang lain yang bersemangat untuk memulakan business, mempunyai masa, kebolehan tetapi tiada modal untuk mulakan business. Dalam kata lain, anda memberikan ‘cash equity’ dan partner anda memberikan ‘sweat equity’. Ratio partnership anda tentukan sendiri. Untung dan rugi sama-sama tanggung.

Bergantung 100% pada gaji bulanan

Kesilapan lain yang dilakukan oleh pemuda di Malaysia adalah bergantung 100% pada gaji bulanan dan tidak membuka minda kepada cara lain (yang halal) untuk menjana pendapatan. Terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan seperti business online, business sampingan, jadi agent Takaful separa masa, agent penapis air separa masa, agent hartanah, melibatkan diri dalam e-hailing dan sebagainya.

Apply Kredit Kad

Jangan menjauhi kredit kad. Kredit kad bukan penyebab ramai pemuda bankrupt tetapi ramai pemuda Malaysia bankrupt disebabkan salah guna kredit kad. Pengguna kredit kad terbahagi kepada dua. Satu jenis yang menggunakan kredit sebagai satu cara untuk mengguna duit yang mereka tidak ada lagi dan lagi satu menggunakan kredit kad tetapi membayar sepenuhnya setiap hujung bulan.

Kredit kad boleh jadi satu alat untuk mengumpul rewards dan bonus tetapi sekiranya tidak dapat untuk menyelesaikan hujung bulan anda terpaksa membayar interest yang tinggi dan juga menyumbang pada aktiviti riba’ (sekiranya kad kredit konvensional).

Realiti hari ini, ramai yang baru masuk alam pekerjaan terus mengambil kredit kad. Seronoknya menggunakan kredit kad untuk membeli belah kemudian terguna lebih. Akhirnya kredit kad jadi tempat mereka berhutang dan hanya membayar minimum amount setiap bulan. Selalunya kredit kad dapat dilangsaikan sekiranya dapat bonus tahunan. Apabila orang lain dapat enjoy bonus, mereka tidak tahu bonus mereka ke mana.

Komitment bulanan terlalu tinggi

Duit paling banyak keluar pada awal bulan kerana waktu itu gaji masuk dan waktu itu juga pelbagai expenses keluar seperti duit bill handphone, duit sewa rumah, duit penapis air, bayaran ptptn. Akhirnya, setiap bulan kita dapat slip gaji sahaja kerana duit masuk sekejap sahaja terus habis.

Saya suka bahagikan gaji kepada 3 category; keperluan, kemahuan, simpanan.

Contoh gaji bulanan bersih adalah RM 3000 :

Keperluan 50% = RM 1500 – Merangkumi perkara yang perlu kita bayar seperti sewa/loan rumah, loan kereta, bayaran hutang belajar, duit untuk ibu-bapa dan sebagainya.

Simpanan 20% = RM 600 – Merangkumi simpanan untuk dana kecemasan, Takaful, Unit Amanah, simpan di bank dan sebagainya.

Kemahuan 30% = RM 900 – Shopping, tengok wayang, beli belah, bermain futsal, lepak minum bersama kawan dan sebagainya.

Tiada Takaful Peribadi 

Ramai pemuda yang terlalu bergantung pada benefit manfaat hospital yang diberikan oleh majikan. Sekiranya kita ditimpa sakit dan perlu dimasukkan ke hospital, bil hospital akan ditanggung oleh insurance yang telah dibeli oleh majikan.

Namun, kita perlu ingat manfaat ini bukanlah hak kita, ianya adalah hak majikan dan sekiranya mereka nak, mereka boleh tukar pada plan yang lebih rendah ataupun memberhentikan plan tersebut. Saya telah berjumpa ramai persara yang ingin mendapatkan plan Takaful tetapi sudah jadi terlalu mahal untuk mereka ataupun sudah tidak layak kerana usia yang lanjut dan juga sejarah penyakit yang terlalu banyak.

Ada juga yang diberhentikan kerja kerana menghidapi penyakit yang menyebabkan mereka tidak boleh lagi bekerja atau ‘Employee Medical Board Out’.

Bukan sahaja menghidapi sakit, dibuang kerja pula dan hilang sumber rezeki.

Pentingnya plan Takaful peribadi kerana dapat melindungi sumber pendapatan kita.

Tiada Plan Untuk Membeli Rumah

Rumah di Malaysia sangat mahal terutamanya rumah di Klang Valley ataupun pusat bandar. Harga apartment atau condo dengan keluasan 1300 psf boleh mencecah lebih dari RM 500,000 di Malaysia. Sangat tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Lagi lambat kita tunggu lagi lambat kita boleh beli rumah.

Pemuda yang baru mula bekerja dinasihatkan untuk mula ada perancangan untuk membeli rumah sendiri. Mulakan dengan mencari rumah dan juga mula menyimpan untuk beli rumah. Selepas itu, kukuhkan income dengan dapatkan kenaikan gaji ataupun menambah sumber pendapatan.

Sekurang-kurangnya apabila ada peluang kita ada duit untuk membuat keputusan untuk membeli rumah.

Tiada ‘Emergency Fund’

Akhir sekali, ini yang paling penting, bina dana kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Contoh sekiranya gaji bulanan anda RM 2500, anda perlu ada RM 15,000 di dalam simpanan untuk kecemasan pada setiap masa.

Sekiranya semalam anda diberhentikan kerja atas apa sebab pun, sekurang-kurangnya anda ada masa 6 bulan untuk mencari kerja baru ataupun mencari cara lain untuk dapatkan gaji bulanan.

Conclusion

Pendapat saya, paling penting bagi yang baru mula bekerja adalah untuk mula menyimpan untuk emergency fund dulu sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Pada masa yang sama, mulakan simpanan di Takaful kerana lagi muda lagi murah harganya. Ambil plan yang beserta dengan pelaburan atau ‘investment-linked’ plan dan plan yang comprehensive.

PruBSN Takaful mempunyai plan investment-link yang komprehensif yang bernama PruBSN Setia. Kalau nak tahu lebih tentang plan ini boleh whatsapp saya.

 

Recent Comments