Select Page

2 Tahun Nikah Masih Tak Hamil, Ini Apa Kami Lakukan

by | Apr 5, 2019 | Takaful, Testimonial

Ramai pasangan yang baru seminggu kahwin sudah dikurniakan dengan berita kehamilan. Ada pula yang bertahun-tahun tetapi tidak hamil lagi. Rezeki masing-masing.

Saya hanya nak cerita tentang kisah isteri saya sendiri. Kami sudah nikah 2 tahun tapi tak hamil-hamil lagi. Pada mulanya tak risaupun sebab ramai kawan-kawan yang kata itu normal. Lepas 2 tahun mencuba akhirnya kawan baik kami telah recommend untuk pergi berjumpa dengan doctor pakar iaitu Dr Natasha Ain di KL Fertility Centre. Kita pun pergi, lepas beberapa scan, tests dan X-ray, kami dapat tahu bahawa ada blockage dan bengkak di kedua-dua fallopian tubes yang mungkin menjadi penghalang kepada usaha kami untuk hamil.

Dr Natasha bagi referral untuk kami pergi ke hospital mana-mana untuk lakukan treatment pada blockage tersebut. Kami pun pilih Dr Guna daripada Damansara Specialist Hospital untuk melakukan treatment tersebut. Dr Guna explain ada 3 kebarangkalian yang mungkin berlaku sewaktu dia buat procedure tersebut :

  • Buang kedua-dua fallopian tubes
  • Repair fallopian tubes tersebut
  • Tidak buat apa-apa sebab tiada problem (kadang-kadang x-ray boleh salah)

Procedure ni dipanggil laparoscopy. Selepas 3 jam setengah dalam operating theatre, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Doctor pun masuk ke dalam bilik kami dengan berita gembira. Dia kata, dia hanya repair-repair blockage tersebut dan semuanya ‘should be fine’. Surgery cost dia RM 25,000.

Macam biasa, dibayar oleh semua peserta Takaful sebab kita salah seorang peserta Takaful. Terima kasih la kepada semua client PruBSN. Syukur pada Allah sebab aku dibuka hati untuk sign up plan Takaful ni untuk isteri aku beberapa tahun lepas. Bayar RM 160 je sebulan, dapat jimat RM 25,000.

Nak jadikan cerita, 3 minggu lepas operation isteri aku ni surprise aku dengan satu kotak yang dalamnya ada ‘pregnancy result’ yang menandakan dia positive pregnancy.

So bagi wanita-wanita sana yang dah ada medical card, jangan cancel policy. Bagi yang belum kahwin atau yang belum lagi ada medical card. Sila apply cepat-cepat sebab benda yang ada dalam badan kita tak tahu. Block ke tak block ke, bengkak ke apa ke?

Lagi satu, medical card ni kena ambil sebelum sakit, ramai yang nak ambil lepas dah sakit tapi tak dapat. Permohonan tak lulus.

So bagi sesiapa yang sedang mencuba untuk pregnant tapi masih lagi tak pregnant, dinasihatkan untuk pergi berjumpa pakar untuk kenal pasti dulu masalah. Pergi je, jangan buang masa.

Kalau tiada Takaful sendiri (bukan company punya) pergi apply cepat. Saya agent Takaful. 

Boleh whatsapp kalau nak tahu lebih.

Recent Comments

0 Comments