Select Page

My ACL Surgery Experience Jan 2019

by | Apr 4, 2019 | Takaful, Testimonial

Saya seorang yang aktif bersukan dan suka main bola padang. Saya bermula main bola pada umur 6 tahun dan tidak pernah cedera yang serious. Namun pada 3rd August 2017 pada usia 26 tahun saya ‘tersalah pijak’ sewaktu bermain bola dan saya rasa sakit yang teruk di lutut kiri. Sakit yang tak pernah dirasai sebelum ini. Lutut terus membengkak.

Esoknya saya terus berjumpa dengan doctor pakar untuk buat X-Ray dan MRI. Keputusan MRI menunjukkan yes betul lah ACL saya terputus.

Doctor suruh buat physiotherapy selama 2 minggu dan tengok keadaan selepas itu.

Selepas dua minggu saya kembali jumpa doctor dan beritahu dia yang lutut saya masih tidak normal. Dia pun kata, yer kalau nak main bola balik dan kalau physio tak jalan, kita perlu buat surgery dan costnya saya estimate dalam RM 25k!

Terus saya kata kat dia, “Ehh tunggu dulu la doctor, saya fikir dulu”.

Bukannya saya takda cara nak bayar RM 25k tu. Saya takut sebenarnya. Saya takut ditidurkan (general anesthesia) lepas tu tak bangun-bangun.

Alhamdulillah parents saya telah belikan saya medical card dari Prudential waktu saya umur 4 tahun. Selepas 25 tahun baru saya perlu guna medical card ni.

Dalam setahun lebih juga saya delay-delay dan akhirnya saya dikhabarkan dengan berita gembira oleh isteri saya yang dia sudah pregnant (alhamdulillah). Takkan saya nak buat surgery bila dah ada anak dan isteri saya terpaksa menjaga kami berdua (anak dan saya).

Dengan itu, saya cepat-cepat terus contact doctor yang paling pakar dalam Malaysia bidang lutut iaitu Dr Soong Kean Leong dari Thomson Hospital.

Pada mula jumpa dia, saya terus rasa confident sebab dia memang pandai dalam bidang lutut ni. Saya rasa saya terbaca profile dia, ‘Head of Department Specializing in Knee’. Rasanya la.

Dia terus set tarikh surgery iaitu 15<sup>th</sup> Jan 2019. Selepas tunggu dua minggu, hari yang dinanti-nantikan telah sampai dan saya pun admit ke hospital pada pukul 7 am.

Process semuanya lancar dan saya dimasukkan ke bilik hospital untuk menunggu waktu operate iaitu dalam pukul 10 am.

Dia minta saya pakai baju yang macam guni ni. Rasa takut pulak sebab macam guni mayat. Dah la tak selesa dan keras.

Pukul 9:30 am saya diberitahu nurse nak tolak saya ke operating theatre, waktu tu saya dah tak nervous, rasa macam nak cepat-cepat buat surgery sebab dah lapar. (Dia suruh puasa 8 jam sebelumnya).

Masuk di operating theatre, saya akhirnya dapat berjumpa dengan doctor anaesthesiologist saya Dr Sumiati. Dia tanya nak bius macam mana? Saya cakap nak half paralyze pastu nak tidur (macam order makanan).

Dalam beberapa minit, dia inject bahagian tulang belakang saya dengan bius tu, sebenarnya tak sakit langsung. Sia-sia je delay setahun setengah sebab takut. Dalam 10 saat sahaja, kedua belah kaki saya sudah ‘paralyze’.

Perkara paling pelik berlaku, saya pandang ke belah kanan saya kerana ada seorang nurse yang sedang betulkan tangan saya dan Dr Sumiati di kiri saya. Tiba-tiba saya terus ‘padam’. Rasa seperti dua saat sahaja, saya terbangun dari tidur di luar operating theatre bersama Dr Sumiati yang tanyakan khabar saya. Saya cakap “okay, cuma pening sikit”.

Dah habis operation sebenarnya. Kaki saya pun dah dibalut dan saya tak rasa apa-apa sakit pun. Operation tu rasa macam 2 saat je. Alhamdulillah.

Moral of the story, kalau tak delay-delay sampai setahun setengah most likely kaki ni dah sembuh sepenuhnya. In Sya Allah

Sesiapa yang aktif bersukan atau pun yang tidak, digalakkan ambil personal medical card. Kalau tiada medical card ni memang rasanya takkan buat surgery sampai bila-bila dan boleh kira retire lah daripada bersukan.

Kalau nak apply for medical card, whatsapp saya.

Recent Comments

0 Comments