Select Page

Plan Takaful family ataupun plan Takaful individu?

by | May 4, 2018 | Uncategorized

Patut saya ambil plan family ataupun plan individu?

Soalan yang selalu ditanya oleh orang yang ingin ambil Takaful buat kali pertama.

Sebelum kita tengok kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis plan ini, kita perlu faham dahulu apa maksud plan takaful family dan plan takaful individu.

Plan Takaful Individu

 

Plan ini bermaksud setiap anggota keluarga mempunyai plan takaful yang tersendiri dan setiap seorang mempunyai coverage, cash value dan riders(manfaat) masing-masing.

Limit dan coverage yang boleh digunakan bergantung kepada sijil masing-masing dan tidak perlu dikongsi dengan anggota keluarga yang lain.

Plan Takaful Keluarga

Plan Takaful Keluarga boleh digunakan oleh sesiapa di dalam keluarga itu. Sebagai contoh sekiranya coverage seluruh keluarga adalah RM 100k. Sekiranya salah seorang anggota terpaksa dimasukkan ke hospital dan bill hospitalnya adalah RM 70k, anggota keluarga yang lain hanya tinggal RM 30k sahaja sehingga waktu renewal.

 

Perbandingan antara Plan Individu dan Plan Family

Harga 

Bagi plan individu selalunya bermula daripada RM 150/sebulan manakala harga bagi satu plan keluarga adalah RM 340/sebulan bagi seluruh keluarga.

Renewal

Bagi plan individu ada ‘clause guaranteed renewability‘ maksudnya sekiranya pada tahun 2018 anda telah dikenal pasti menghidap penyakit seperti cancer, tahun 2019 anda masih covered sekiranya memerlukan treatment itu sekali lagi.

Bagi plan family, selalunya adalah ‘conditional renewability‘ maksudnya company Takaful mempunyai hak untuk mengubah apa-apa conditions dalam sijil takaful anda sekiranya mereka mahu. Contoh, sekiranya pada tahun 2018 anda telah dikenal pasti menghidap cancer, mungkin tahun 2019 anda tidak lagi covered untuk penyakit cancer.

Tempoh Perlindungan

Plan individual melindungi anda sehingga umur 80 manakala plan takaful family hanya cover anak-anak anda sehingga umur 25 tahun. Pada waktu itu, sekiranya mereka ingin perlindungan, mereka perlu ambil sijil takaful individual sendiri sekiranya mereka masih layak.

Limit Perlindungan

Setiap anggota keluarga yang mengambil plan individu mempunyai limit yang tersendiri dan tidak perlu kongsi dengan anggota keluarga lain manakala setiap anggota di dalam plan family perlu berjaga-jaga supaya tidak menggunakan limit terlalu banyak kerana limit itu perlu dikongsi bersama.

Waiver

Di dalam setiap sijil individual ada rider (manfaat) yang membenarkan anda tidak perlu lagi membayar caruman bulanan sekiranya telah dikenal pasti menghidap penyakit kritikal ataupun kecacatan kekal manakala di plan family anda masih perlu membayar setiap bulan walaupun anda telah sakit dan tidak lagi boleh bekerja untuk dapatkan income.

Cash Value

Di dalam plan individu, duit yang anda carum (bayar) setiap bulan tidak hangus begitu sahaja kerana sebahagian duit anda akan disimpan dan di invest pada dana-dana yang mengikuti syariah supaya anda dapat pulangan tunai untuk digunakan pada masa hadapan. Di plan family, duit yang anda carum setiap bulan akan hangus kerana tiada unsur perlaburan.

 

Di sini, saya memang galakkan semua orang mengambil plan individu untuk seluruh family kerana terlalu banyak kebaikan ada padanya.

 

Untuk set appointment untuk berjumpa dengan saya dan dapatkan penerangan lebih sila contact saya di 0126225202 (AMIN) ataupun pergi ke page MOHON QUOTATION.

Recent Comments

0 Comments